kami di facebook

Cari Blog Ini

Khamis, 26 Januari 2012

Jika Majlis Agama Islam Pahang ada banyak wang zakat, lebih berbaloi membeli Genting Highland daripada Hotel MS Garden!







Walaupun berita ini tidak sahih atau masih belum sahih, namun kalau tidak ada angin masa-kan daun-daun bergoyangan! Rasa serabut dan bimbang menjadi bertambah kuat apabila mengenangkan penyalahgunaan wang zakat yang telah terbukti berlaku dalam negara 1Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Diharap berita belum sahih ini tidak akan menjadi sahih kerana ianya memang tidak sahih atau hanya khabar-khabar angin semata-mata. Mudah-mudahan!



Namun demikian, jika berita membeli Hotel MS Garden Kuantan dengan menggunakan wang zakat ini sahih, maka sesungguh berita ini memang menggambarkan ‘kedajalan’ tindakan dalam pengurusan wang zakat. Walau apapun alasan yang bakal di-upgrade-kan sebagai wajar dan munasabah, menggunakan wang zakat sebagai pendahuluan atau guna terus untuk peruntukan di luar daripada 8 asnaf adalah sangat menjolok mata dan terlalu tidak amanah, dalam realiti masih terlalu ramai rakyat marhaen terutama umat Islam apatah lagi di Pahang Darul Makmur yang papa kedana, miskin dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!

Perangai pihak-pihak yang menjaga wang zakat yang tidak sensitive dengan kegelisahan umat Islam akan penyalah-gunaan wang zakat adalah perangai kurang asam atau pekak badak yang kronik. Rakyat bising dan heboh dengan isu terbaru penggunaan wang zakat oleh seorang menteri untuk menghalang pelaksanaan undang-undang Islam (Qazaf) di Wilayah Persekutuan, gagal diambil pelajaran oleh pihak yang serupa di Pahang! Takkan pihak-pihak yang berkaitan wang zakat di Pahang itu, tidak tahu apa yang dibisingkan di Kuala Lumpur dan di Melaka atau mereka ‘hakikatnya’ tinggal dalam gua batu atau memang jenis bodoh sombong dan gelap hati?

Apabila umat Islam ramai yang dibantu oleh pihak bukan Islam lantas terpaksa murtad kerana papa kebulur untuk kelangsungan hidup, serbu,tangkap dan kecoh sana-sini. Pada hal jumlah wang zakat yang dipungut, sepatutnya mencukupi untuk membantu umat Islam berdikari agar terhindar daripada gelaja murtad, daripada membeli sebuah hotel yang umat Islam papa kedana tak dapat manfaat apa-apa pun.

Sehubungan itu jika benar berita yang didedahkan oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi ini, diharap pihak Majlis Agama Islam Pahang tidak menjadi badak pekak sehingga gagal mendengar terguran umat Islam kerana keutamaan yang tidak wajar yang cuba dilakukan itu. Apapun alasan, wang zakat wajar diutamakan untuk menghalang kemisinan dan kefakiran bagi mengelak kekufuran ummah.



Dan membeli Hotel MS Garden Kuantan bukan kerja atau perjuangan fisabilillah. Kalau Majlis Agama Islam Pahang banyak sangat wang zakat sampai tidak terbelanja untuk rakyat miskin dan mampu sangat untuk membeli dijalan asnaf fisabilillah, belilah Genting Hingland untuk menghalang bapak segala maksiat di sana!! Itu memang berbaloi.

Wang zakat akan beli hotel MS Garden?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Majlis Agama Islam Pahang didakwa akan membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.

Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini.

"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden dengan wang zakat bernilai RM50 juta.

"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.

Sebelum ini, wang zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikatakan telah digunakan untuk membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharun.

Kos guaman itu adalah untuk bayaran pembelaan beliau atas saman yang dikemukakan datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas beliau ekoran isu qazaf Saiful Bukhari Azlan.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Badan Tindak Khas Anti Penyelewengan Zakat DPPM yang dipengerusikan oleh Kamaruzaman Mohamad akan pantau dan kaji perkara ini agar wang zakat ummah dapat di selamatkan dari kerakusan sang penguasa.

"Jika benar satu tindakan tegas mesti diambil," kata beliau dalam facebook itu.

 artikel penuh    http://garamlada.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...