kami di facebook

Cari Blog Ini

Sabtu, 11 Mei 2013

Ucapan-Ucapan Lawak Samy Vellu

Abam Samy V
Sebelum Pak Berahim Ali muncul dengan lawak anugerahnya baru-baru ini, sudah banyak sebenarnya politikus-politikus yang ambik part-time jadi pelawak sambilan. Contoh terbaik ialah Dato Seri Samy Vellu, bekas presiden MIC juga bekas Menteri Kerja Raya. 

Merupakan menteri kabinet paling lama berkhidmat selepas Tan Sri Rafidah Aziz (keh keh keh, tak tahu kenapa tiba-tiba saya nak gelak lepas dengar nama ni), jadi tidak hairanlah sepanjang tempoh yang lama itu kita banyak disajikan dengan lawak-lawak jenaka dari beliau yang kadang-kadang boleh bikin kita gelak sambil guling-guling. Antaranya;



1. Komentar beliau tentang kecekapan perkhidmatan Pos Laju, 
"Besok kirim, hari ini sampai!"

2. Dalam satu temubual televisyen, ketika beliau cuba mengekspresikan rasa malu beliau, 
"Ini perkara yang sangat-sangat memalukan dan kemaluan saya sangatlah besar."

3. Kata Samy Vellu dalam satu ceramah beliau, "Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini." Kemudian seorang pak cik membalas, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan dengan bangga Abam Samy menjawab, "Kalau takde sungai, kita bina sungai!"

4. Ucapan Abam Samy paling femes dalam berita televisyen,
"Tol naik sikit, banyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punyakah?"

5. Komentar beliau mengenai masalah sosial,
"Worang-worang muda sekarang banyak hisap dada.."

6. Komentar beliau ketika masalah bekalan air,
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr."

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput,
"Marilah kita semua menderma dara.."

8. Kata-kata aluan dalam kebanyakan majlis dihadiri beliau,
"Selamat datang saudara-mara semua" (sepatutnya saudara saudari)

9. Ketika panas tentang isu Al-Arqam,
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam."

10. Dalam satu majlis perasmian,
"Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-mara, sesudah semua worang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz (komentar saya: keh keh keh) naik ke pentas untuk membuka kain." (Yang sebenarnya beliau ingin cakap menarik tirai untuk merasmikan majlis)

11. Ketika Pilihanraya,
" Worang PAS selalu kafir sama worang, saya pun dia kafirkan."

12. Ketika menjawab soalan wartawan berkaitan dengan tanah runtuh di Sungai Siput,
"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...