Pada mulanya doktor dikatakan memakai
warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun,
seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan
warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna
hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang
pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan
warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli
bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ
tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah secara terus menerus
menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap
variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus
fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan
tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.