Sebenarnya apa fungsi fanpage tu pun aku tak tau. Adakah sebab untuk aku
rasa aku banyak peminat atau satu metodasi untuk aku menghimpunkan
rakan pembaca blog Perempuan Jomblo? Atau apa-apa sahajalah.
Pernah seorang rakan siber ajukan aku soalan ini, "Kenapa kau tak buat fanpage Noe?" - Sebab ramai penulis blog yang baru-baru muncul ni semuanya ada fanpage kan?
OK.
1) Aku tak rasa aku ada atau banyak 'fan'. Rasa macam segan je? Rasa macam kalau aku ada fanpage nanti orang cakap "hekeley bajet bajet ramai fannnNNnnN je?"
Kalau aku memang popular mcm SueAnnaJoe, HanisZalikha, MelayuMinimalis
ke, JohnHafiz ke, AKAB ke, boleh jugak. Sebut sahaja nama diorang. Siapa
tak kenal, memang loser. Aku tak payah link kan pun nama diorang.
Google je.
2) Aku lebih suka friend dari fan. Walau hakikatnya aku
lebih suka nak ada zon sendiri. Tapi aku dah anggap semua orang yang
berinteraksi dengan aku sebagai kawan. Kawan siber. Kenalan Siber. Walau
sampai kadang-kadang ada sampai tahap pijak kepala. Umur baru 16-17
tahun dah sound sound aku macam aku adik kau, tapi takpe, satu
hari kau akan kenang betapa penyabarnya aku di persada blogesfera yang
ciput ni. Sesiapa pun boleh tegur aku kat Gtalk dan berbual. Kalau aku
free aku respond. Kalau aku diam, bermakna aku sibuk. Mari lah add aku
kat Gtalk. Jejaka kacak ala Jason Statham lagi mak suka nak layan, nyah.
Sesiapa pun boleh emel cerita masalah kucing kat rumah sakit
tercirit-birit. Aku baca. Walau aku liat nak balas. Ketahuilah,
sebenarnya aku peduli.
baca selanjutnya di http://perempuanjomblo.blogspot.com