Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza sudah pasti ramai yang tahu siapakah empunya nama yang cantik molek itu. Siti Nurhaliza merupakan artis Melayu yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan di gelar penyanyi nombor satu di Malaysia. Siti Nurhaliza merupakan ikon kepada semua remaja, wanita, kanak-kanak dalam negara ini. Pengaruh yang begitu kuat daripada Siti Nurhaliza sangatlah menjadi senjata utama untuk mengubah sikap rakyat di Malaysia ini. Sikapnya yang sopan santu, berbudi bahasa dan lemah lembut dalam tutur kata perlu dijadikan contoh yang baik.
Namun, di sebalik itu ada satu yang tidak sempurna iaitu cara pemakain tudung Siti Nurhaliza yang tidak sempurna menutup aurat. Siti merupakan ikon kepada semua dan jika kelakuan memakai tudung yang tidak lengkap menutup aurat itu sering ditunjukkan maka mudahlah wanita-wanita yang menjadikan Siti sebagai ikon mereka mengikuti cara pemakaian ini. Alangkah bagusnya jika Siti Nurhaliza menutup aurat dengan sempurna. Kita bersama-sama mendoakan supaya pintu hati Siti Nurhaliza terbuka untuk memakai tudung litup menutup aurat sepenuhnya. Semoga doa-doa kita di makburkan oleh Allah. Amin.... (lihat artikel penuh)
lihat artikel penuh di http://khalifahalhidayah.blogspot.com